RH Qiroat Centre

Qunut Dalam Witir Ramadhan

Pada malam ini kita akan memasuki separuh malam terakhir Ramadhan. Umumnya, doa qunut akan dibacakan dalam solat sunat witir bermula malam 15 Ramadhan hinggalah berakhirnya bulan mulia ini. Barangkali ada yang tertanya-tanya mengapa kita perlu membaca doa qunut dalam solat sunat tersebut. Sedangkan, ia sering kali dibacakan setiap kali menunaikan solat Subuh.

 

Hukum membaca doa qunut dalam solat witir adalah sunat sebagaimana disebutkan oleh Imam Nawawi. Menurut Mazhab Hanafi dan Hambali, doa qunut sunat dilakukan bermula awal Ramadhan. Manakala, Mazhab Syafie’ disunatkan setelah pertengahan Ramadhan (15 Ramadhan) dan Mazhab Maliki tiada bacaan qunut dalam witir sepanjang Ramadhan. Menurut seorang pendakwah dan karyawan terkenal di Indonesia yang lebih akrab disapa sebagai Buya Yahya, tidak semua amal memerlukan sebab untuk diketahui. Amalan ini merupakan sunnah yang dianjurkan untuk kita sebagai persiapan memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Ianya adalah untuk menambah ibadah dan juga berdoa di dalam solat seperti yang diterangkan di video klip di bawah.

 

 

 

Ia hendaklah dibaca pada rakaat terakhir dalam solat witir. Jika kita menunaikan satu rakaat (solat witir) sahaja, maka bacaan qunut dibuat selepas bangun daripada rukuk. Jika kita tunaikan solat witir tiga rakaat, maka bacaan qunut witir adalah pada rakaat yang terakhir. Tidak kiralah sama ada kita solat solat tarawih dan witir sama ada bersendirian atau secara berjemaah, jangan lupa untuk membaca doa qunut yang disunatkan ketika solat sunat witir. Semoga kita dipertemukan dengan malam lailatulqadar yang dikhabarkan dalam al-Quran bahawa ia lebih baik daripada 1,000 bulan.

Selain daripada itu, kita juga digalakkan untuk meningkatkan ibadah-ibadah lain pada malam-malam terakhir Ramadhan seperti baca Quran, solat sunat, sedeqah dan lain-lain. Oleh itu, jika anda berminat untuk menyumbang ke tabung RH QIROAT CENTRE yang akan digunakan untuk kelangsungan program-program di RH QIROAT CENTRE, kos penyelenggaraan dan sekiranya terdapat lebihan wang tersebut akan pihak RH QIROAT CENTRE gunakan untuk program-program ilmu dengan niat semoga Allah menerima sebagai sedekah jariah dan memberi ganjaran pahala kepada para penyumbang.

 

Anda boleh menyalurkan sumbangan  dengan melakukan bank transfer pada no akaun yang tertera di bawah:

 

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”

Hadis Riwayat At-Tarmizi

 

“Selamat Berpuasa, Selamat Beribadah, dan Selamat Berinfaq Bersama RH QIROAT CENTRE”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top