KAUNTER KOLEKSI RHQC
- PAKET SAMPUL RHQC
RH Qiroat Centre telah mengeluarkan 3 jenis koleksi sampul yang boleh digunakan pada hari Raya dan pada majlis apapun.
- Envelope Eksklusif RHQC
- Paket Sampul Serbaguna RHQC
- Paket Sampul Belang RHQC
Tujuan dan kegunaan adalah pelbagai iaitu:
- Sampul raya
- Majlis khatam
- Majlis harijadi
- Majlid kenduri
- Majlis ilmu
- Hadiah wang ke guru
- Lawatan ke sedara mara
- Pemberian ke ibu bapa dan adik beradik
Di bahagian hadapan sampul, terdapat tempat untuk tulisan pemberi dan penerima.
Di bahagian belakangnya, jika memiliki sampul ini boleh sebarkan RH Qiroat Centre sebagai pusat “one stop Islamic centre” dan semua syarahan percuma di letakan.
Ini adalah satu cara indah dalam menarik lebih ramai lagi ke RH Qiroat Centre.
- BUKU KHATAM RHQC
Buku khatam ini nipis dan kulitnya esklusif dengan corak pucuk rebung. Banyak diguna pada tenunan kain samping dan baju pengantin. Ia adalah lukisan traditional dalam warisan kaum Melayu.
Logo RH QIROAT CENTRE berwarna emas dan tulisan buku khatam berwarna perak.
Permulaan muqadimmah adalah tentang kehadiran ramainya Malaikat di majlis khatam Quran.
Muka surat diawali dengan zikir. Sementara muka surat 4 hingga ke 9 adalah nama Allah 99 – Asma al Husna.
Dimulakan dengan surah Fatihah selepas selawat, terus ke Surah Waddhuha hingga ke Surah An Nas serta surah Fatihah dan Surah Baqarah ayat 1 – 5.
Juga terdapat doa – doa khatam yang boleh di pilih untuk dibaca
- BUKU YASSIN RHQC
Buku Yassin merupakan keluaran terbaru RH QIROAT CENTRE
Sungguhpun kecil saiznya, lebih kurang besar sikit dari tapak tangan. Kulitnya baldu bercorak dan mempunyai 2 warna
Merah
Hijau
Bolih memilih warna merah atau hijau atau kedua – duanya sekali
Namanya buku Yassin tetapi terdapat juga surah-surah lain seperti surah Al Fatihah, surah qul huwallah ( al ikhlas, surah al falaq dan surah annas juga ayat qursi.
Dilengkapi dengan doa membaca Yassin dan berbagai doa – doa lain
Untuk buku Yassin berkulit baldu merah, bordernya juga merah supaya kemas dan menarik
Untuk buku Yassin berkulit baldu hijau, border dalamnya semua hijau.
Boleh lihat dari daftar doa – doa yang boleh dibaca harian telah dimasukkan.
Boleh dijadikan hadiah diri sendiri, untuk dibawa ke majlis bacaan Yassin, hadiah ibu bapa, keluarga dan rakan taulan.
Amat ringgan, cantik dan padat untuk keperluan harian.
- BUKU DOA RHQC
Buku doa ini mengandungi 15 surah yang terpilih yang menjadikan surah amalan harian kita.Kecil dan nipis boleh dibawa kemana pun.
Tujuan buku ini dikeluarkan supaya ramai boleh memilikinya untuk bacaan surah di mana berada samada didalam kereta, bas, keretapi atau pun dimana sahaja.
Ia juga boleh dijadikan hadiah “door gift” , juga hadiah kepada ibu bapa, saudara mara dan kawan-kawan.
Kulit buku ini menarik dan terdapat 4 warna iaitu putih, cream, merah dan hijau ( keluaran terbaru)
Marilah kita memilikinya atau menjadikan hadiah untuk apa sahaja majlis yang diraikan.
- FAIL RHQC
Terdapat 3 warna iaitu biru, merah tua dan hitam. Tulisannya dalam tulisan emas. Ia tebal kerana depan dan belakangnya ada sponge.
Didalamnya boleh diisi sijil dikedua – dua belah. Jadi banyak sijil boleh dimasukkan kerana kedua belah boleh digunakan. Setiap pelajar RH QIROAT CENTRE yang khatam akan menerima sijil mereka di dalam fail tersebut.
Milikilah fail yang eksklusif berserta logo RH QIROAT CENTRE sekali.