Assalamualaikum wbt semua.
Sedar atau tidak, lagi dua hari kita akan memasuki ke bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang sempurna bagi mengerjakan ibadah puasa dengan sebaiknya.
Bila tiba hari jumaat, banyak yang boleh dilakukan sepanjang siang dan malamnya. Hari Jumaat merupakan hari yang mulia di sisi umat Islam. Ini kerana, terdapat banyak hadith dan firman Allah yang menceritakan tentang kelebihan yang ada padanya. Di antaranya, apa yang boleh kami nyatakan adalah:
1) Hari Penghapus Dosa
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]
2) Hari Ramai Malaikat Turun Ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman:
“Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
3) Hari Digalakkan Membaca Surah Al-Kahf
Surah Al-kahf menceritakan tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Ia merupakan surah golongan Makkiyah atau surah yang diturunkan di Kota Makkah. Surah ini sangat digalakkan untuk dibaca mulai selepas Asar hari Khamis sehingga sebelum Maghrib hari Jumaat.
Antara Manfaat Mengamalkan Surah Al-Kahf adalah:
- Terhindar dari fitnah dajjal
- Memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat
- Dipancarkan cahaya sejauh dirinya dan Kaabah
” Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh dirinya dan Baitul’Atiq (Kaabah).”
(Sunan Ad-Damiri, no 3273)
RH QIROAT CENTRE akan mengadakan bacaan Al-kahf pada setiap pagi Jumaat yang akan dipimpin oleh Guru-guru Qiroat Bersanad Dari Mesir. Marilah kita rebut peluang ini untuk mengisi hari Jumaat dengan membaca Surah Al-Kahf. Tekan disini untuk menyertai.