RH Qiroat Centre

Khas Ramadhan Toriq Imam Al Jazari/Toyibbah

Assalamualaikum wbt,

Minggu ini merupakan minggu ke-3 kelas Khas Ramadhan iaitu Toriq Imam Al-Jazari/Toyibbah diadakan. Bagi mereka yang mendalami ilmu tajwid secara serius dan mendalam, mereka selalu berjumpa istilah Toriq Jazari atau Toriq Toyyibah ini. Antara kaedah bacaan Toriq Jazari/Toyibbah ialah membaca dua harakat atau disebut Qasar (قصر) pada hukum mad jaiz munfasil. Dinamakan Toriq Toyyibah adalah bersumberkan kitab karangan oleh Imam Ibn al-Jazari (meninggal 833 hijrah) yang bertajuk Toyyibat al-Nasyr (الطيبة النشر). Matn Toyyibah ini disusun dalam bentuk syair berjumlah 1,015 rangkap. Merangkumi usul Sepuluh Qiraat bersama Farsy (فرش الحروف) untuk 30 juzuk Al-Quran. Kealiman Ibn al-Jazari dalam ilmu qiraat yang begitu tinggi menjadi rujukan ulama sezamannya, menguasai sanad Al-Quran daripada guru Al-Quran tersohor di Damsyik, Madinah dan juga Mesir.

 

Ibn al-Jazari pernah menyatakan:

“Barangsiapa menyangka ilmu qiraat sudah lupus, katakanlah kepadanya al-Nasyr menghidupkanya kembali.”

 

Namun begitu, bagi sesiapa yang ingin membaca dan mempelajari riwayat Hafs dari Toriq Toyyibah perlulah bertalaqqi dan musyafahah dengan guru yang diiktiraf. Di RH QIROAT CENTRE, kelas bacaan Toriq Toyibbah diajarkan SEPANJANG BULAN RAMADHAN SAHAJA!! Rebut peluang ini dan mari beramai-ramai mempelajari riwayat Hafs dari Toriq Jazari/Toyibbah daripada guru-guru bersanad qiroat dari Arab Mesir. Antara kelas yang dijadualkan pada minggu ini adalah:

 

  1. Bacaan Surah Al-Kahfi oleh Guru Bersanad Qiroat Dari Mesir iaitu Sheikh Ali pada Jumaat (11AM-12.30PM)

  2. Hadith 40 Imam Nawawi oleh Sheikh Ali pada Jumaat (3PM-4.30PM)

  3. dan pelbagai kelas percuma yang diadakan.

 

Klik disini untuk melihat jadual kelas percuma minggu ini.

 

Anda juga boleh menyumbang ke tabung RH QIROAT CENTRE yang akan digunakan untuk kelangsungan program-program di RH QIROAT CENTRE, kos penyelenggaraan dan sekiranya terdapat lebihan wang tersebut akan pihak RH QIROAT CENTRE gunakan untuk program-program ilmu dengan niat semoga Allah menerima sebagai sedekah jariah dan memberi ganjaran pahala kepada para penyumbang.

 

Anda boleh menyalurkan sumbangan  dengan melakukan bank transfer pada no akaun yang tertera di bawah:

” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”

Hadis Riwayat At-Tarmizi

 

 

Selamat Berpuasa, Selamat Beribadah, dan Selamat Berinfaq Bersama RH QIROAT CENTRE.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top