RH QIROAT CENTRE sedar bahawa masih ramai lagi di antara kita yang kurang lancar membaca Al-Quran dengan sebutan yang betul dari segi sifat huruf, sebutan dan makhraj. Justeru, kami telah menempah guru-guru khas yang didatangkan dari Arab Mesir untuk membimbing dan mendidik pelajar supaya dapat membetulkan dan menyempurnakan bacaan Al-Quran terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan dan muallaf yang baru berjinak-jinak untuk mempelajari ilmu Al-Quran. Selain daripada itu, kami juga ada menawarkan program Sanad 30 Juzuk Al-Quran secara percuma untuk memperkenalkan Sunnah Rasulullah SAW, membantu pelajar yang bagus bacaannya seperti anak-anak tahfiz tetapi kurang berkemampuan, dan supaya mereka yang mempelajarinya dapat menyebarkan ilmu Qiroat ini.
Jadi, pihak RH QIROAT CENTRE ingin menaja *KELAS PERCUMA* kepada sesiapa yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan tepat.
*Anda boleh memilih mana-mana kuiz yang hendak di jawab. Jika berminat untuk memperbaiki tajweed, sila ke link kuiz mantapkan tajweed. Manakala jika anda berminat untuk mempelajari sanad 30 juzuk, sila ke link kuiz sanad 30 juzuk Al Quran.
Bagi kuiz Mantapkan Tajweed syarat-syarat penyertaan adalah seperti:
Faham Bahasa Inggeris
Kenal huruf Al Quran
Kenal semua huruf hijaiyah
Klik disini untuk menjawab kuiz tajweed –> https://forms.gle/F1zgHo1BxbyjMrrR9
Tempoh belajar adalah 1x seminggu selama 2 bulan bersama guru-guru dari Arab Mesir.
Bagi kuiz Sanad 30 Juzuk Al-Quran pula syarat-syarat penyertaan adalah seperti:
Faham Bahasa Inggeris
Boleh membaca dengan baik
Mempunyai Quran Syu’bah
Boleh menyertai kelas selama 4 kali seminggu (minima 1 jam setiap sesi)
Klik disini untuk menjawab kuiz sanad 30 juzuk –> https://forms.gle/hgRx7Pra1ExVJekYA
Tempoh belajar adalah 2 bulan / 2 bulan setengah dan wajib belajar 3 ke 4 kali seminggu.
Antara ganjaran yang bakal diterima oleh pemenang-pemenang adalah Kelas Percuma Mantapkan Tajweed dan juga Sijil Sanad 30 Juzuk Al-Quran.
**Tarikh tutup penyertaan telah dipanjangkan sehingga Ahad (24 April 2022) jam 11.59pm**
Selain daripada itu, RH QIROAT CENTRE juga mengalu-alukan bagi yang berminat untuk turut serta bersama kami untuk menyertai program infaq Al-Quran Qiroat. Kami akan mengagihkannya mengikut keperluan tadarus, kuiz, kumpulan dan lain-lain.
Very good
السلام عليكم استاذ..saya nk bmengaji Alquran bersanad tapi sy tidak pandai bahasa inggeris.