RH Qiroat Centre

RAMADHAN MUBARAK 1443H/2022

Assalamualaikum wbt,
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1443 Hijrah, saya dan seluruh warga RH QIROAT CENTRE ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat islam dan khususnya para pelajar di RH QIROAT CENTRE. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini menjadikan kehidupan kita lebih bermakna di sisi yang Maha Pencipta.

 

Allah berfirman dalam Surah Al-Hadid ayat 21:

 

سَابِقُوْٓا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِۙ اُعِدَّتْ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖۗ
ذٰلِكَ فَضْلُ اللّٰهِ يُؤْتِيْهِ مَنْ يَّشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيْمِ

 

Yang bermaksud: “Berlomba-lombalah kamu untuk mendapatkan ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah mempunyai karunia yang besar”.
Oleh yang demikian, kita seharusnya memenuhi Bulan Ramadhan dengan amal kebajikan dan memperbanyakkan ibadah seperti:

 

  • Solat tarawih
  • Tadarus Al-Quran
  • Bersedekah
  • Mendengar kuliah
  • Berdoa
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang terbaik bagi seorang hamba yang mahu melipat gandakan amalan soleh. Bulan Ramadhan juga merupakan salah satu waktu terbaik umat muslim untuk menghapus dosa dam menambah pahala.

 

Dengan demikian, umat Muslim dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini untuk mencari pahala sebanyak-banyaknya. Jadi, dengan berbesar hatinya RH Qiroat Centre ingin mengajak anda semua untuk menyertai beberapa program dan kelas syarahan yang telah dirangka dan disediakan sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan 1443H/2022. Terdapat 5 aktiviti umum yang telah diklasifikasikan secara terperinci di ruangan berikut.

*

SENARAI AKTIVITI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

“MARI BERSAMA RH QIROAT CENTRE PELAJARI AL-QURAN”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top