RH Qiroat Centre

Tarawih?

Hari ini merupakan hari kelapan kita berpuasa, kita pon telah sembahyang terawih sebanyak 8 kali. Saya mendoakan agar kita semua diberi kesihatan yang baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan sebanyaknya ibadah. Di RH QIROAT CENTRE kita sedang menjalankan Tadarus untuk Qiroat Jaafar, pada jam 6.30 subuh hingga ke 8.30 pagi dan Tadarus Qiroat Qisaie pada pukul 10 malam hingga 12 tengah malam bersama syekkah-syekkah jemputan khas dari Kaherah, Mesir.

 

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dituntut untuk melaksanakan solat sunat Tarawih yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain secara berjemaah atau bersendirian. Hukum solat sunat tarawih adalah sunnah muakkad (sunat yang dituntut). Dibolehkan untuk seseorang itu mendirikan solat sunat tarawih secara berjemaah bersama keluarga di rumah. Waktu yang sesuai untuk mendirikan solat tarawih secara berjemaah adalah sebaik sahaja solat Isya’ selesai didirikan dan tempoh pelaksanaannya boleh dilakukan sehingga terbitnya fajar. Kemudian setelah selesai solat tarawih secara berjamaah, dirikan lah juga solat witir secara berjemaah.

 

 

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top