RH Qiroat Centre

Pintu Syurga Dibuka

Kenapakah Saya memilih topik hari ini tentang pintu syurga dibuka?

Ada ahli tafsir yang menjelaskan bahawa dibuka baginya pintu syurga ialah Allah akan memudahkannya jalan baginya menuju syurga. Bagaimana caranya? Allah akan menyediakan amalan-amalan untuk dilakukan yang akan menjadi asbab dia menuju pintu tersebut.

 

 

Hadis ini menceritakan perihal syurga yang dibuka pintunya, memanggil-manggil mereka yang ingin memasukinya. Hanya mereka yang beriman, yang mempercayai wujudnya syurga akan berharap masuk ke dalamnya, hanya mereka yang ingin berjumpa Allah di akhirat kelak memahami bahawa jalan berjumpa Allah dan menatap wajah ‘Azzawajalla’ hanyalah melalui pintu syurga Firdaus!

 

Hanya mereka inilah jiwanya akan terpanggil-panggil mengejar syurga, meronta-ronta jiwanya mengejar kasih ilahi, tidak tenang andai tidak mujahadah bersungguh-sungguh beribadah di dalam hari-harinya. Impian jiwanya jelas, inginkan redha Allah, ingin bersama Nabi Muhammad ﷺ di syurga, dan berehat di sana. Hadis yang ringkas, namun jiwa yang beriman akan tersentap dan bersungguh beramal, pintu syurga telah dibuka, pintu neraka telah ditutup, syaitan telah dibelenggu! Ayuh beramal! Ayuh beramal!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top