Pada bulan ramadhan tahun 2021, RH QIROAT CENTRE telah berjaya melaksanakan syarahan qiroat untuk toriq shatibiyyah. Semua syarahan ini telah dijalankan secara percuma kepada seramainya supaya dapat lebih memahami 10 qiroat yang mutawathir (qiroat yg authentic). Pada Ramadhan kali ini, kita akan membuat syarahan secara percuma juga tetapi dalam toriq jazari/toyibbbah.
Apakah perbezaan toriq syatibiyyah dan toriq jazari/toyibbah?
Toriq Jazari/Toyibbah masih perlu dibaca dengan bacaan awalan Toriq Syatibiyyah dan tambahan kepada bacaan Toriq Jazari/Toyibbah adalah:
Membaca ghunnah untuk pertemuan nun sukun dan tanwin apabila bertemu lam (ل) dan ra (ر). Ini dinamakan sebagai bacaan ghunnah
Bacaan saktah kepada huruf alif lam qamariah dan pada syaik (شء).
Ini adalah antara perbezaan yang sering dilakukan, ada banyak lagi perbezaan yg lain…
Maka silalah hadir ke syarahan-syarahan yang akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan ini untuk mempelajari ilmu Toriq Jazari/Toyibbah dengan lebih mendalam. Jadual syarahan akan dipamerkan di laman web rasmi RH QIROAT CENTRE. Klik disini untuk lihat jadual kelas ramadhan.