Alhamdulillah KEMPEN KUMPUL DANA INFAQ BAQARAH “LEMBU” telah berlangsung dengan jayanya. Pihak RH QIROAT CENTRE telah berjaya memungut hasil kutipan sebanyak RM8520 sehingga 9 April 2022 yang lalu melebihi sasaran yang ditetapkan. Kejayaan ini dicapai atas sumbangan dari staf dan pihak penderma sekalian. Ribuan terima kasih diucapkan.
Hasil sumbangan ini disalurkan untuk :
Membeli lembu sebagai juadah Sahur dan Iftar di bulan Ramadhan
Juadah khas untuk pelajar Malaysia dan Indonesia
Jumlah pelajar seramai 170 orang
Daging lembu tersebut akan dimasak sebagai juadah berbuka puasa dan sahur sepanjang Ramadhan
Pelajar-pelajar ini bertempat di Markaz Shekh Nabil, Masjid Jafari Husin, Cairo
Lebihan daripada pembelian lembu itu akan disumbangkan kepada Sheikh Nabil Muhammad untuk membiayai ibadah umrah beliau di bulan Ramadhan ini.
Sekarang ini kita sedang sibuk mengadakan syarahan toriq toyibbah EKSKLUSIF SEPANJANG BULAN RAMADHAN SAHAJA seperti:
Qiroat Kholaf Al Asyir Toriq Jazari/Toyibbah oleh Shekkah Samya pada Jumaat (8/4/2022)
Qiroat Hamzah Toriq Jazari/Toyibbah oleh Shekkah Shaima pada Sabtu (9/4/2022)
PROGRAM AKAN DATANG
Riwayat Qolun oleh Sheikh Dr Hesyam pada Selasa (12/4/2022)
Qiroat Warsh Toriq Toyibbah oleh Syekkah Samya pada Jumaat (15/4/2022)
Qiroat Imam Nafe’ Riwayat Warsh Toriq Al Asbahani oleh Shekkah Shaimaa Wagih pada Sabtu (16/4/2022)
Pihak RH QIROAT CENTRE menjemput semua untuk beramai-ramai menyertai program percuma Toriq Jazari/Toyibbah eksklusif sepanjang Bulan Ramadhan SAHAJA.
Anda juga boleh menyumbang ke tabung RH QIROAT CENTRE yang akan digunakan untuk kelangsungan program-program di RH QIROAT CENTRE, kos penyelenggaraan dan sekiranya terdapat lebihan wang tersebut akan pihak RH QIROAT CENTRE gunakan untuk program-program ilmu dengan niat semoga Allah menerima sebagai sedekah jariah dan memberi ganjaran pahala kepada para penyumbang.
Anda boleh menyalurkan sumbangan dengan melakukan bank transfer pada no akaun yang tertera di bawah:
” Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan”
Hadis Riwayat At-Tarmizi